27.9.16

Mama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Salam.

24 September 2016
7:30 am

Mama telah kembali ke Rahmatullah. Pergi tidak kembali lagi.
Tepat pukul 7.00 pagi, Ayah kejut ku dari tidur untuk melihat saat saat akhir Mama.
Nafasnya, Ya Rabb. Allah saja yang tahu. Mata kirinya telah tertutup sayu kelihatan. Mama kuatkan diri untuk menghadap kiblat lalu membaca dua kalimah Syahadah. Aku terus mencium tangan dan kepala nya. Diri ku terus rebah, air mata terus membasahi pipi tanpa henti, fikiran tidak menentu. Terkedu. Tergamam. SubhanaAllah. Dua nafas terakhir Mama. Dia telah pergi. Sekelip mata Ya Allah. Sekelip mata di jemput Malaikat. Adakah dia telah memaafkan segala salah dan silap ku sebelum ini? Cukupkah amal ku padanya? Jawapan nya tidak pernah cukup dengan pergorbanan seorang Ibu terhadap anaknya. Aku pasrah dan redha dengan ketentuanNya. 

Ya Allah, kuatkan lah diriku ini untuk menempuh kehidupan yang sementara ini Lillahitaala (kerana Allah Ta'ala).

No comments:

Post a Comment